U.K. Kes Tahanan – Soalan Lazim (FAQ)

Jadual kandungan

  1. Berapa lama seseorang boleh ditahan di pusat tahanan imigresen di UK? 
  2. Bolehkah firma anda mencari penjamin supaya saya boleh dibebaskan dengan ikat jamin?
  3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak mematuhi syarat jaminan?  
  4. Bolehkah kawan atau keluarga saya melawat saya semasa saya ditahan? 
  5. Proses penahanan? 
  6. Adakah penjamin (surety) sangat penting untuk mendapatkan jaminan? 
  7. Adakah jumlah wang jaminan mempengaruhi peluang mendapatkan jaminan?  
  8. Apakah syarat tipikal yang akan berlaku jika saya dibenarkan jaminan? Adakah saya perlu melapor diri? Apa akan berlaku jika saya tidak melapor diri? 
  9. Apakah jenis permohonan yang perlu saya buat ketika berada dalam tahanan? FLR atau mana-mana jenis visa? 
  10. Bolehkah saya menukar jenis visa selepas dibebaskan daripada tahanan? Adakah Home Office akan menganggap ini sebagai tingkah laku yang tidak baik? 
  11. Apakah faktor-faktor yang boleh menentukan sama ada saya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat jaminan tahanan? 
  12. Bolehkah firma guaman mencari tempat tinggal dan penjamin kewangan untuk dikemukakan kepada Home Office bagi permohonan jaminan? Dan jika saya tidak mengenali sesiapa di UK, adakah ini bermakna saya hampir tidak ada peluang untuk mendapat jaminan? 
  13. Pada tahap manakah saya perlu melantik peguam untuk permohonan jaminan tahanan? Jika saya melantik peguam lebih awal, adakah ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan jaminan? Jika saya melantik firma guaman lewat, adakah peluang saya akan menjadi lebih rendah? 
  14. Jika saya telah diberi tiket penerbangan, adakah ini bermaksud saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya? 
  15. Jika saya diberi dokumen pemulangan secara sukarela, patutkah saya menandatangani atau tidak? Apakah kesannya kepada saya jika saya mahu kembali ke UK pada masa hadapan? 
  16. Jika saya telah melantik seseorang tetapi merasakan mereka tidak menjalankan tugas dengan baik semasa saya berada di pusat tahanan, dan saya ingin melantik peguam lain, bagaimana proses ini berfungsi? Adakah berbaloi untuk bertukar peguam dengan segera atau tunggu pada masa yang sesuai? 
  17. Mereka banyak menyebut tentang Peraturan 35 (Rule 35), bagaimana ia memberi kesan kepada peluang saya mendapatkan jaminan? 
  18. Pada peringkat manakah dalam proses undang-undang saya boleh ditahan? 
  19. Berapa lama Home Office boleh menahan saya? 
  20. Apabila saya memohon jaminan, bagaimana saya boleh dibebaskan?  
  21. Apakah hak saya semasa dalam tahanan? 
  22. Bolehkah saya berjumpa peguam semasa dalam tahanan? Bagaimana cara saya melantik peguam ketika dalam tahanan? 
  23. Apakah yang berlaku jika saya mempunyai masalah kesihatan semasa dalam tahanan? 
  24. Bolehkah saya dihantar pulang tanpa amaran ketika dalam tahanan? 
  25. Bolehkah saya membuat rayuan terhadap penahanan jika permohonan jaminan saya ditolak? 
  26. Bagaimanakah penahanan memberi kesan kepada kes suaka atau imigresen saya? 
  27. Anak saya berumur di bawah 18 tahun dan tidak mempunyai sebarang status di UK. Bolehkah dia juga ditahan jika dia masih di bawah umur 18 tahun? 
  28. Apakah yang boleh saya lakukan atau sediakan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? 
  29. Jika saya percaya penahanan saya adalah tidak sah, pihak berkuasa manakah yang perlu saya buat rayuan?  
  30. Adakah saya mempunyai hak untuk menggunakan telefon atau internet untuk menghubungi keluarga dan rakan-rakan? Adakah terdapat had masa, kekerapan atau sekatan tertentu? 
  31. Jika saya berdepan dengan pengusiran (deportation), adakah terdapat pilihan undang-undang untuk menangguh atau menghalangnya? 
  32. Dalam keadaan apakah penahanan saya boleh dipertimbangkan semula atau diperubah? 
  33. Jika saya mempunyai keperluan perubatan atau penyakit kronik, adakah pusat tahanan akan menyediakan perkhidmatan perubatan yang mencukupi? 

1. Berapa lama seseorang boleh ditahan di pusat tahanan imigresen di UK? 

Tiada had masa yang tetap bagi tahanan imigresen di UK turut menyebabkan ketidakpastian dan kebimbangan kepada ramai yang dalam tahanan. Walaupun mengikut polisi, tahanan sepatutnya digunakan secara minimum, tetapi realitinya ramai yang ditahan di pusat pemindahan imigresen dalam tempoh yang lama tanpa semakan kehakiman terhadap keputusan untuk menahan. 

Kisah kejayaan aplikasi

Profesional, cepat dan berpengalaman!

2. Bolehkah firma anda mencari penjamin supaya saya boleh dibebaskan dengan ikat jamin? 

Penjamin merupakan seseorang yang memberikan nama dan butiran mereka, menunjukkan kepercayaan terhadap tahanan sekiranya anda melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan.

Fajktor-faktor yang akan dipertimbangkan oleh Setiausaha Negara atau Hakim Tribunal Peringkat Pertama untuk menilai bahawa penjamin itu sesuai. Mereka akan mempertimbangkan kemampuan kewangan dan sama ada penjamin boleh menyediakan tempat tinggal untuk tahanan. Jumlah wang jaminan kewangan juga menunjukkan sejauh mana penjamin percaya kepada tahanan dan juga jumlah itu mencukupi untuk memastikan tahanan mematuhi syarat jaminan.

Jika tahanan melarikan diri, penjamin akan bertanggungjawab untuk membayar jumlah tersebut. Penjamin juga perlu menyediakan alamat tempat tinggal tahanan selepas dibebaskan. Salah Satu faktor penting yang akan dipertimbangkan adalah hubungan antara tahanan dan penjamin. Firma guaman tidak boleh mencari atau menjadi penjamin kerana tidak memenuhi syarat “hubungan” ini, dan tanpa hubungan tersebut akan memberi kesan negatif terhadap permohonan jaminan. 

3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak mematuhi syarat jaminan?  

Ramai klien berasa bimbang terhadap syarat jaminan mereka, terutamanya kewajipan untuk menghadiri sesi pelaporan secara bersemuka. Mereka bimbang bahawa hadir ke sesi ini boleh menyebabkan mereka ditahan semula. Namun, jika anda tidak mematuhi syarat jaminan, ia akan memberi kesan negatif kepada rekod imigresen anda dan sebarang permohonan imigresen pada masa akan datang; malah jika anda tidak menghadiri sesi pelaporan, ia boleh menyebabkan anda ditahan semula. 

4. Bolehkah kawan atau keluarga saya melawat saya semasa saya ditahan? 

Semasa anda ditahan di Pusat Pemindahan Imigresen, anda dibenarkan untuk menerima lawatan daripada kawan dan keluarga, tetapi mereka perlu membuat tempahan lawatan terlebih dahulu dengan pusat tersebut secara terus. 

Apa yang akan berlaku jika pemohonan suaka saya ditolak semasa saya ditahan? Adakah saya masih mempunyai peluang untuk dibebaskan dengan jaminan imigresen?  

Jika tuntutan suaka anda ditolak semasa dalam tahanan, anda masih boleh memohon jaminan imigresen, tetapi keadaannya akan lebih mencabar. Tribunal atau Home Office akan mempertimbangkan risiko anda melarikan diri, status rayuan atau tuntutan baharu, kemungkinan tarikh pemindahan, serta sokongan penjamin dan alamat tempat tinggal sebelum membuat keputusan. 

5. Proses penahanan? 

Penahanan berlaku apabila; seseorang yang tertakluk kepada penahanan, seperti individu yang telah melebihi tempoh visa (overstayer) atau mana-mana pihak yang berada di UK melanggar peraturan imigresen, ditemui oleh Home Office atau pihak polis.

Individu tersebut akan dibawa terlebih dahulu ke balai polis tempatan untuk pendaftaran biometrik. Selepas itu, tahanan akan diserahkan kepada Home Office, yang kemudiannya akan menempatkan tahanan di dalam salah satu Pusat Pemindahan Imigresen (Immigration Removal Centre) di UK.

Setelah ditempati dalam pusat penahanan, tahanan akan berjumpa dengan pegawai penyaring (gatekeeper) yang akan menilai sama ada tahanan sesuai untuk terus ditahan. Jika ya, penahanan akan diluluskan oleh Chief Immigration Officer (CIO). Tahanan akan kekal dalam penahanan sehingga sama ada dibebaskan dengan jaminan (bail) atau diusir keluar dari UK.  

Harga yang ditanda dengan jelas, tiada caj tersembunyi!

6. Adakah penjamin (surety) sangat penting untuk mendapatkan jaminan? 

Ya, penjamin merupakan aspek yang penting untuk membuat permohonan jaminan melalui tribunal. Walaupun terdapat kes di mana tahanan dibebaskan dengan jaminan tanpa penjamin yang sesuai, walau bagaimanapun, adalah lebih dinasihati untuk mempunyai penjamin yang dapat menyediakan tempat tinggal dan sokongan kewangan.

Kehadiran penjamin juga menunjukkan bahawa tahanan mempunyai ikatan di UK, yang dapat mempengaruhi Setiausaha Negara atau tribunal untuk membuat keputusan positif terhadap permohonan jaminan. 

7. Adakah jumlah wang jaminan mempengaruhi peluang mendapatkan jaminan? 

Sekiranya penjamin mempunyai jumlah wang yang besar untuk ditawarkan, ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan tahanan tidak akan melarikan diri. Setiausaha Negara atau tribunal akan menilai sejauh mana jumlah wang tersebut memberi kesan kepada penjamin.

Semakin besar kesannya kepada penjamin, semakin besar kemungkinan penjamin akan memastikan tahanan akan mematuhi semua syarat jaminan. 

8. Apakah syarat tipikal yang akan berlaku jika saya dibenarkan jaminan? Adakah saya perlu melapor diri? Apa akan berlaku jika saya tidak melapor diri? 

Sekiranya jaminan diluluskan, tahanan biasanya akan ditetapkan beberapa syarat seperti menghadiri sesi pelaporan secara berterusan di pejabat imigresen atau balai polis, tinggal di alamat yang telah diluluskan, dan mematuhi had pergerakan tertentu.

Kegagalan mematuhi syarat ini, terutamanya tidak hadir sesi pelaporan, boleh menyebabkan jaminan dibatalkan, penahanan semula, serta memberi kesan negatif kepada rekod imigresen dan permohonan masa hadapan.  

9. Apakah jenis permohonan yang perlu saya buat ketika berada dalam tahanan? FLR atau mana-mana jenis visa?  

Jenis permohonan yang boleh dibuat semasa dalam tahanan bergantung kepada keadaan individu. Sekiranya permohonan berasaskan hak asasi manusia (Human Rights application) ingin dipertujukan, peraturan imigresen menetapkan bahawa permohonan rasmi tidak semestinya diperlui. Ini bermaksud tahanan tidak perlu melengkapkan permohonan berbayar bagi permohonan berasasi hak asasi manusia dipertimbangkan. Tahanan boleh mengemukakan alasan sebagai pertimbangan kepada Home Office untuk menggunakan borang IS91.

Tahanan juga boleh membuat permohonan suaka sekiranya mereka mempunyai asasi ketakutan untuk kembali ke negara asal. Berdasarkan tempoh masa yang diperlukan untuk mempertimbangkan permohonan ini, dan memandangkan penahanan seharusnya digunakan secara minimum serta pemindahan keluar tidak akan berlaku dengan segera, kewujudan permohonan tersebut boleh memberi kesan positif terhadap permohonan jaminan tahanan. 

Kadar kejayaan yang tinggi, lebih daripada 3,000 pelanggan yang berpuas hati

10. Bolehkah saya menukar jenis visa selepas dibebaskan daripada tahanan? Adakah Home Office akan menganggap ini sebagai tingkah laku yang tidak baik?  

kemungkinan untuk mendapat sebarang jenis visa semasa berada dalam tahanan adalah sangat kecil. Mana-man bentuk kebenaran untuk kekal di UK yang diberikan ketika seseorang berada dalam pelanggaran peraturan imigresen dikenali sebagai Leave to Remain, bukannya visa. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar atau membuat permohonan baharu selepas dibebaskan, dengan syarat setiap individu akan mengekalkan komunikasi terbuka secara berterusan dengan Home Office

11. Apakah faktor-faktor yang boleh menentukan sama ada saya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat jaminan tahanan? 

Terdapat pelbagai faktor yang akan dipertimbangkan untuk menentukan sama ada penahanan lanjut diperlukan, termasuk: 

  • Kemungkinan seseorang itu akan dipindahkan keluar atau jika terdapat permohonan yang masih belum diselesa dan masih dalam proses oleh Home Office 
  • Risiko melarikan diri selepas dibebaskan, berdasarkan sejarah pernah melarikan diri sebelum ini 
  • Rekod pematuhan terhadap syarat jaminan sebelum ini 
  • Rekod pelanggaran undang-undang imigresen sebelum ini 
  • Ikatan sosial atau kekeluargaan di UK 
  • Risiko menyebabkan kemudaratan kepada orang awam 
  • Sama ada tahanan dikategorikan sebagai dewasa yang berisiko (Adult at Risk) 

Tanpa pemindahan keluar yang akan berlaku dalam masa terdekat merupakan faktor penting untuk Home Office mempertimbangkan pemberian jaminan. Seseorang tidak sepatutnya terus ditahan sekiranya terdapat permohonan yang masih dalam proses dengan tempoh pertimbangan yang tidak pasti atau terlalu lama, mempertikaikan penahanan hanya sepatutnya menjadi pilihan terakhir. Semua langkah munasabah perlu diambil bagi memastikan tahanan mematuhi syarat jaminan sebelum penahanan dijadikan pilihan. 

Peluang untuk mendapat jaminan lebih tinggi sekiranya risiko melarikan diri adalah rendah, yang mana faktor-faktor di atas akan digunakan untuk menilai tahap risiko tersebut. Sekiranya ahli keluarga atau rakan bersedia menjadi penjamin (surety) dan sanggup meletakkan sejumlah wang bagi menjamin pematuhan tahanan terhadap syarat jaminan, ini akan meyakinkan Home Office untuk memberikan jaminan kerana terdapat pihak ketiga yang komited untuk memastikan pematuhan tersebut. 

12. Bolehkah firma guaman mencari tempat tinggal dan penjamin kewangan untuk dikemukakan kepada Home Office bagi permohonan jaminan? Dan jika saya tidak mengenali sesiapa di UK, adakah ini bermakna saya hampir tidak ada peluang untuk mendapat jaminan?  

Sekiranya anda tidak mempunyai sesiapa yang boleh menyediakan tempat tinggal atau menjadi penjamin kewangan, ini boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan jaminan tahanan. Firma guaman tidak boleh bertindak sebagai penjamin anda. 

Walau bagaimanapun, jika anda seorang pemohon suaka (asylum seeker), firma guaman boleh membantu anda memohon bantuan tempat tinggal dan sokongan kewangan di bawah Seksyen 95 Akta Imigresen dan Suaka 1999. Seksyen 95 memberikan bantuan kewangan dan tempat tinggal kepada pemohon suaka yang tiada sumber kewangan atau berisiko menjadi tiada tempat tinggal. Sekiranya anda menerima sokongan di bawah Seksyen 95, Home Office akan menyediakan tempat tinggal dan anda juga mungkin menerima bantuan kewangan mingguan. 

Lima cawangan di seluruh UK, dengan lebih 100 kakitangan berkhidmat untuk anda!

13. Pada tahap manakah saya perlu melantik peguam untuk permohonan jaminan tahanan? Jika saya melantik peguam lebih awal, adakah ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan jaminan? Jika saya melantik firma guaman lewat, adakah peluang saya akan menjadi lebih rendah?   

Ya, lebih awal asas permohonan anda dikemukakan kepada Home Office, lebih awal pertimbangan untuk jaminan dapat dilakukan. Home Office cenderung memulakan proses pemindahan keluar dengan segera dengan menghubungi kedutaan negara berkaitan dan mendapatkan dokumen perjalanan sekiranya diperlukan.

Situasi akan menjadi lebih sukar sekiranya proses anda telah berada di peringkat akhir sebelum anda mengemukakan asas permohonan anda kepada Home Office

14. Jika saya telah diberi tiket penerbangan, adakah ini bermaksud saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalangnya? 

Tidak. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membolehkan seseorang kekal di UK untuk memastikan perwakilan mereka didengari dan dipertimbangkan oleh Home Office. Walau bagaimanapun, ini hanya wajar dilakukan sekiranya terdapat asas kukuh untuk berbuat demikian. Setiap tahanan akan mempunyai asas dan alasan yang berbeza untuk kekal di UK. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat guaman secepat mungkin agar perwakilan anda dapat dikemukakan kepada Home Office bagi mengelakkan arahan pemindahan keluar dikeluarkan. 

15. Jika saya diberi dokumen pemulangan secara sukarela, patutkah saya menandatangani atau tidak? Apakah kesannya kepada saya jika saya mahu kembali ke UK pada masa hadapan? 

Anda seharusnya menandatangani dokumen pemulangan secara sukarela sekiranya anda tidak mempunyai sebarang alasan atau asas untuk terus kekal di UK. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai asas dan alasan untuk terus kekal, adalah penting untuk tidak menandatangani borang persetujuan pemulangan sukarela tersebut. 

Jika anda bersetuju untuk pulang secara sukarela dan membiarai tiket penerbangan, anda akan dikenakan larangan masuk semula selama 1 tahun. Anda masih boleh membuat permohonan untuk masuk semula pada masa hadapan, namun Home Office akan mengambil kira rekod dan kelakuan anda sebelum memberikan kebenaran untuk masuk semula ke UK. 

16. Jika saya telah melantik seseorang tetapi merasakan mereka tidak menjalankan tugas dengan baik semasa saya berada di pusat tahanan, dan saya ingin melantik peguam lain, bagaimana proses ini berfungsi? Adakah berbaloi untuk bertukar peguam dengan segera atau tunggu pada masa yang sesuai? 

Sekiranya anda mula merasakan bahawa peguam yang mewakili anda tidak menjalankan tugas dengan baik, anda boleh melantik peguam lain untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kes anda. Adalah disyorkan untuk berbuat demikian sekiranya anda tidak dapat menghubungi wakil guaman anda, kerana proses di pusat tahanan berlangsung dengan cepat. 

Adalah lebih baik untuk tidak melengahkan proses ini. Sebaik sahaja anda melantik firma guaman baharu, wakil guaman anda perlu memaklumkan kepada National Removal Command bahawa anda kini diwakili oleh mereka, dan memaklumkan wakil guaman terdahulu supaya semua fail berkaitan diserahkan. Firma guaman baharu akan menerima sebarang korespondensi daripada Home Office bagi pihak anda, seterusnya meneliti dokumen tersebut untuk memberikan nasihat lanjut kepada anda. 

17. Mereka banyak menyebut tentang Peraturan 35 (Rule 35), bagaimana ia memberi kesan kepada peluang saya mendapatkan jaminan?  

Laporan Rule 35 adalah laporan untuk menilai sama ada anda merupakan mangsa penyeksaan dan kesesuaian anda untuk terus ditahan. Laporan Rule 35 disediakan oleh pengamal perubatan dan kemudiannya diserahkan kepada Home Office untuk menentukan sama ada anda tergolong sebagai Dewasa Berisiko (Adult at Risk). 

Kategori Adult at Risk dinilai dalam tiga tahap, dengan tahap tertinggi ialah Adult at Risk Level 3. Sekiranya anda dinilai berada pada tahap tiga (Level 3), anda berkemungkinan besar akan dibenarkan jaminan kerana individu dalam kategori ini biasanya dianggap tidak sesuai untuk terus ditahan disebabkan kemungkinan mereka adalah mangsa penyeksaan dan penahanan berterusan boleh menjejaskan kesejahteraan mereka. 

18. Pada peringkat manakah dalam proses undang-undang saya boleh ditahan? 

Terdapat dua sebab untuk seseorang ditahan: 

  1. Apabila identiti anda tidak diketahui oleh Home Office, atau 
  1. Apabila pemindahan keluar anda adalah imminent (dijangka berlaku dalam masa terdekat). 

Tiada peringkat khusus dalam proses undang-undang yang menentukan bila anda akan atau boleh ditahan — ia bergantung sama ada anda mempunyai sebarang halangan untuk pemindahan keluar. Jika terdapat halangan kepada pemindahan keluar anda, maka anda tidak sepatutnya ditahan. 

19. Berapa lama Home Office boleh menahan saya?   

Tiada tempoh masa yang tetap berhubung berapa lama Home Office boleh menahan seseorang. Namun, perlu diingat bahawa penahanan mesti digunakan secara terhad dan hanya untuk tempoh paling singkat yang perlu.

20. Apabila saya memohon jaminan, bagaimana saya boleh dibebaskan?  

Anda boleh memohon jaminan imigresen sekiranya Home Office sedang mempertimbangkan hal ehwal imigresen anda dan pemindahan keluar anda tidak berlaku dalam masa terdekat

Anda akan dibebaskan sekiranya tribunal atau Home Office berpuas hati bahawa penahanan anda tidak lagi diperlukan atas sebab-sebab yang telah dinyatakan. 

21. Apakah hak saya semasa dalam tahanan?  

Semasa dalam tahanan, anda masih mengekalkan kebanyakan hak anda kecuali hak kebebasan bergerak. Antara hak-hak tersebut termasuk: 

  • Memiliki telefon bimbit 
  • Berhubung dengan pihak di luar tahanan 
  • Meminta rawatan atau perhatian daripada pasukan perubatan 
  • Mengakses komputer semasa ditahan 

Menerima lawatan daripada rakan atau ahli keluarga 

22. Bolehkah saya berjumpa peguam semasa dalam tahanan? Bagaimana cara saya melantik peguam ketika dalam tahanan?  

Semasa dalam tahanan, kerajaan bertanggungjawab untuk memberikan akses kepada wakil guaman. Perkhidmatan ini dilindungi oleh Legal Aid Agency (Agensi Bantuan Guaman). Semua khidmat guaman yang disediakan di bawah bantuan guaman adalah tidak memihak dan bertujuan untuk memberikan nasihat undang-undang. 

Pegawai bantuan guaman akan hadir di pusat tahanan setiap hari pada waktu yang telah ditetapkan, dan anda boleh melantik mereka sekiranya anda ingin. 

Selain itu, tahanan juga boleh melantik wakil guaman persendirian, lazimnya lebih pantas dan berkesan kerana dibiayai secara persendirian dan mempunyai lebih banyak sumber untuk mengendalikan setiap kes. Sesetengah peguam persendirian juga boleh datang melawat ke pusat tahanan, namun kebiasaannya mereka akan mengenakan caj yang lebih tinggi untuk lawatan tersebut. 

23. Apakah yang berlaku jika saya mempunyai masalah kesihatan semasa dalam tahanan?  

Adalah sangat penting untuk memaklumkan tentang masalah kesihatan kepada Gate Keeper sebelum anda dibenarkan untuk ditahan. 

Namun, jika simptom atau masalah kesihatan timbul ketika anda sudah berada di dalam tahanan, anda mesti memaklumkan kepada pusat kesihatan yang tersedia di setiap Pusat Pemindahan Imigresen (Immigration Removal Centre). 

Sekiranya anda percaya bahawa masalah kesihatan anda disebabkan oleh penahanan yang berpanjangan, anda mesti memaklumkan perkara ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di pusat pemindahan tersebut.  

24. Bolehkah saya dihantar pulang tanpa amaran ketika dalam tahanan? 

Dalam keadaan tertentu, seseorang boleh dihantar pulang tanpa sebarang amaran atau dengan notis yang sangat singkat semasa dalam tahanan. 

Walau bagaimanapun, undang-undang mewajibkan supaya notis minimum 1 minggu diberikan sebelum pelaksanaan pemindahan keluar. 

Setelah anda berada dalam tahanan, notis tersebut dianggap telah diserahkan apabila notis liabiliti untuk pemindahan telah diberikan kepada anda. Lazimnya, Home Office akan memberikan notis beberapa hari lebih awal dan menyerahkan dokumen arahan pemindahan keluar (removal direction) kepada anda sebelum tarikh pemindahan. 

25. Bolehkah saya membuat rayuan terhadap penahanan jika permohonan jaminan saya ditolak? 

Anda tidak boleh membuat rayuan terhadap keputusan untuk menolak permohonan jaminan, sama ada permohonan Bail401 mahupun B1. Namun, anda boleh membuat permohonan jaminan baharu selepas penolakan, bergantung pada jenis permohonan. 

  • Jika Bail 401 ditolak – Tiada had bilangan atau tempoh untuk membuat permohonan baharu. Anda boleh memohon semula pada hari yang sama permohonan anda ditolak. 
  • Jika B1 ditolak oleh First-tier Tribunal – Anda tidak boleh membuat permohonan baharu dalam tempoh 28 hari selepas penolakan. Namun, anda dibenarkan membuat permohonan baharu sekiranya hakim memasukkan syarat atau keadaan tertentu dalam penolakan yang membolehkan anda memohon semula, atau jika anda dapat membuktikan bahawa telah berlaku perubahan keadaan yang ketara

26. Bagaimanakah penahanan memberi kesan kepada kes suaka atau imigresen saya? 

Semasa dalam tahanan, anda mungkin akan terhad daripada mendapatkan nasihat dan bantuan guaman kerana anda tidak dapat mengakses dunia luar. Keadaan ini boleh menyebabkan anda tidak dapat menyediakan hujahan undang-undang yang lengkap dan tersusun. 

Selain itu, rekod penahanan anda akan kekal dalam sejarah imigresen anda. Maklumat ini boleh dilihat oleh pegawai yang membuat keputusan dalam mana-mana permohonan imigresen pada masa hadapan, dan berkemungkinan besar akan memberi kesan negatif terhadap keputusan permohonan tersebut. 

27. Anak saya berumur di bawah 18 tahun dan tidak mempunyai sebarang status di UK. Bolehkah dia juga ditahan jika dia masih di bawah umur 18 tahun? 

Jika Home Office berpuas hati bahawa anak anda adalah seorang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (setelah menjalankan pelbagai pemeriksaan dan pengesahan), mereka wajib membebaskannya daripada tahanan kerana terdapat risiko penahanan yang tidak sah (unlawful detention). 

Bagi kanak-kanak yang tidak ditemani penjaga (unaccompanied child), penahanan hanya boleh dilakukan untuk tempoh maksimum 24 jam dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. 

28. Apakah yang boleh saya lakukan atau sediakan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? 

Mana-mana individu di UK yang tidak mempunyai kebenaran sah untuk tinggal (leave to remain) adalah tertakluk kepada penahanan dan pengusiran (removal). 

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda perlu mengambil langkah untuk menghalalkan atau mengesahkan status kediaman anda di UK mengikut keadaan peribadi anda. Adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat guaman yang sesuai secepat mungkin. 

29. Jika saya percaya penahanan saya adalah tidak sah, pihak berkuasa manakah yang perlu saya buat rayuan? 

Jika anda ditahan secara tidak sah, anda perlu menghantar Protokol Pra-Tindakan (Pre-Action Protocol) kepada Home Office untuk menuntut ganti rugi. 

Sekiranya Home Office menafikan sebarang liabiliti atau salah laku, anda boleh memfailkan semakan kehakiman (judicial review) di mahkamah yang berkaitan. 

30. Adakah saya mempunyai hak untuk menggunakan telefon atau internet untuk menghubungi keluarga dan rakan-rakan? Adakah terdapat had masa, kekerapan atau sekatan tertentu?  

Perbezaan dengan asas di penjara, anda akan diberikan sebuah telefon untuk menghantar mesej dan membuat panggilan kepada keluarga dan rakan-rakan. 

Semasa proses penahanan, anda akan diberi peluang untuk mencatat nombor telefon keluarga dan rakan-rakan supaya anda boleh menghubungi mereka menggunakan telefon yang diberikan. 

Walau bagaimanapun: 

  • Anda perlu membeli kredit sendiri untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. 
  • Telefon yang dibekalkan bukan telefon pintar (smartphone), jadi anda hanya boleh membuat panggilan dan menghantar SMS. 
  • Biasanya terdapat bilik komputer di dalam pusat tahanan, dan anda boleh menggunakannya pada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan. 

Tiada had khusus terhadap bilangan kali, masa, atau lokasi anda menggunakan telefon mudah alih anda. 

31. Jika saya berdepan dengan pengusiran (deportation), adakah terdapat pilihan undang-undang untuk menangguh atau menghalangnya? 

Jika anda berdepan dengan pengusiran, pilihan undang-undang yang ada bergantung pada peringkat proses pengusiran tersebut. 

Perintah pengusiran boleh dicabar atas alasan Hak Artikel 8 di bawah ECHR, dengan mengambil kira faktor seperti: 

  • Tempoh kediaman berterusan anda di UK. 
  • Ikatan kekeluargaan dan sosial yang telah terjalin. 
  • Halangan yang sangat jelas untuk anda menyesuaikan diri semula di negara asal. 

Selain itu, jika anda mempunyai hubungan yang tulen dan berterusan dengan pasangan atau anak yang memenuhi syarat (qualifying partner or child), ia juga boleh menjadi asas untuk mencabar perintah pengusiran tersebut. 

32. Dalam keadaan apakah penahanan saya boleh dipertimbangkan semula atau diperubah?  

Keputusan untuk membebaskan anda daripada penahanan bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor utama, Setiausaha Negara (Secretary of State) akan menilai sama ada pengusiran anda adalah hampir dilaksanakan (imminent). 

Jika anda mempunyai sebarang halangan terhadap proses pengusiran, maka penahanan anda boleh dipertimbangkan semula.  

33. Jika saya mempunyai keperluan perubatan atau penyakit kronik, adakah pusat tahanan akan menyediakan perkhidmatan perubatan yang mencukupi? 

Pusat tahanan mempunyai pasukan perubatan di mana anda boleh memohon perhatian dan bantuan perubatan. 

Jika anda mempunyai sebarang keperluan perubatan atau penyakit kronik: 

  • Maklumkan perkara ini kepada pasukan perubatan di pusat tahanan. 
  • Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda. 

Jika anda percaya bahawa penahanan berterusan memberi kesan buruk kepada kesihatan anda, perkara ini juga perlu dimaklumkan kepada pasukan perubatan. Ia boleh menjadi salah satu faktor yang dipertimbangkan untuk membebakan anda daripada penahanan.  

Kisah kejayaan aplikasi

Ulasan Pelanggan

Immigration Related Insights

Refugee Status vs Humanitarian Protection in the UK: Understanding the Difference

In the UK, people who cannot return to their home country because they are at risk of harm may be granted protection. The two main ... Read more

Fresh Claims in UK Asylum Law

Understanding Paragraph 353 of the Immigration Rules: In the UK asylum system, a fresh claim arises following the refusal of a protection or human rights ... Read more

UK Immigration Rules Update: Key Changes Introduced in the March 2026 Statement of Changes (Part 2)

On 5 March 2026, the Home Secretary introduced a new Statement of Change to the Immigration Rules (HC 1691). These amendments affect several immigration routes ... Read more

Recent Changes to UK Immigration Rules: Key Updates for 2026 

The UK government has recently introduced several updates to the Immigration Rules, affecting asylum applicants, visitors, and certain visa categories. These changes reflect a broader ... Read more